Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahap Kepatuhan Rakyat Malaysia Terhadap SOP COVID-19 Lebih Tinggi Berbanding Eropah

Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, tahap kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedikit berkurang berbanding ketika berhadapan dengan gelombang pertama COVID-19.

tahap kepatuhan rakyat malaysia terhadap sop covid-19 lebih tinggi berbanding eropah

Memetik temubual Awani, sesetengah rakyat negara ini mungkin sudah penat untuk mengamalkan norma baharu yang perlu diikuti bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Advertisement

"Berbanding fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita mungkin lupa atau lesu untuk mengamalkan norma baharu yang tidak pernah berada dalam kehidupan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya Eropah, kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap SOP masih lagi ditahap yang tinggi.

Beliau juga mengingatkan orang ramai mengenai pentingnya pematuhan SOP memandangkan Malaysia kini di ambang gelombang baru COVID-19.

Malaysia telah mencatatkan 293 kes baru COVID-19 pada Ahad, 4 Oktober dan 317 kes baru pada hari sebelumnya.

tahap kepatuhan rakyat malaysia terhadap sop covid-19 lebih tinggi berbanding eropah

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini