Sebuah sekolah rendah di daerah Zhejiang, China disarankan untuk tidak memberikan kerja sekolah kepada pelajarnya ketika hujung minggu.

Ini adalah berikutan cuaca di daerah ini yang semakin cerah selepas sebulan dilanda hujan lebat dan keadaan cuaca yang tidak baik, menyebabkan ramai terpaksa berkurung dirumah.
Advertisement
Pengetua Sekolah Hangzhou Foreign Language Experimental, Luo Jiaqi menyarankan supaya guru-guru tidak memberikan kerja sekolah kepada pelajar mereka supaya mereka dapat meluangkan masa diluar rumah buat masa ini.


Inisiatif berkenaan mendapat perhatian ramai di sosial media dan memuji tindakan sekolah berkenaan kerana pembelajaran luar kelas juga penting buat pelajar.
Menurut kajian pada 2018, sebanyak 67% pelajar gred 7 di Guangzhou mengalami rabun dekat disebabkan terlalu banyak masa digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.

Sumber: SCMP
