Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Boleh Bermalam Jika Buat Aktiviti Redah Hutan, Pendakian Dan Perkhemahan

Segala aktiviti yang melibatkan pendakian, perkhemahan dan juga meredah hutan yang dibenarkan mulai 15 Jun ini hanya terhad kepada lawatan balik hari dan dalam kumpulan tak lebih 20 orang.

tak boleh bermalam jika buat aktiviti redah hutan, pendakian dan perkhemahan

Memetik laporan dari Bernama, Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Mohd Yussainy Md Yusop berkata, pihaknya perlu ambil langkah berjaga-jaga memandangkan virus COVID-19 masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Menurutnya lagi, penyelamat perlu menyediakan set peralatan lengkap seperti pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan jika berlaku sebarang kecemasan.

Justeru, sebarang aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan untuk bermalam, termasuk jugalah aktiviti air seperti mandi kolam awam, kolam takungan dan juga kolam air terjun.

tak boleh bermalam jika buat aktiviti redah hutan, pendakian dan perkhemahan

Malah, aktiviti sukan lasak seperti motorcross, ATV, mountain bike, rock climbing, paragliding serta aktiviti tali seperti abseiling dan wall climbing juga dilarang sama sekali.

“Penganjuran kem motivasi dan summer camp di mana penganjurnya adalah persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh menimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini