
Sumber: Metro.co.uk
Advertisement
Bila tengah seronok buat kerja tak kisah lah kat sekolah ke kat rumah ke atau kat office, tapi kalau tiba-tiba ada orang berdiri belakang kita atau sebelah kita terus tangan jadi kaku! Rasa bila ada orang berdiri kat sebelah atau belakang tangan ni terus tak boleh menulis, bila menaip tangan terus typo banyak sangat. Eh! Kenapa macam tu pula? Korang pernah tak rasa macam ni?
Ni jawapan dia :
Bila seseorang berdiri kat belakang kita masa buat kerja, mereka berada dalam posisi 'ibu bapa'. Maksudnya, seseorang tu bila tengok apa kita buat kita akan rasa lebih muda dan berumur macam 8 atau 10 tahun. Rasa macam ada orang yang perhatikan gerak geri kita sama macam ibu bapa kita buat betul tak ?

Nak tahu cara nak hilangkan rasa tak selesa?
Bila ada orang berdiri tengok kita buat kerja, ajak je diorang duduk sebelah kita. Atau pun berdiri je sebelah dia untuk berbual. Baru kita rasa sama level.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
