Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anda Dilarang Menjerit Ketika Naik Rollercoaster Ini Bagi Elak Jangkitan COVID-19

Taman tema Disneyland di Shanghai, China telah pun dibuka semula sejak 11 Mei lalu dengan menetapkan beberapa syarat tertentu bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

anda dilarang menjerit ketika naik rollercoaster ini bagi elak jangkitan covid-19

Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pengunjung disana adalah pembelian tiket secara atas talian dan pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis dan berhibur dengan aktiviti di dalamnya.

Advertisement

Lain pula cerita di Universal Studio Japan (USJ) yang menambah satu lagi peraturan kepada pengunjung iaitu tidak dibenarkan menjerit ketika menaiki rollercoaster.

anda dilarang menjerit ketika naik rollercoaster ini bagi elak jangkitan covid-19

Taman tema di Jepun ini bukan sahaja menitikberatkan soal kebersihan pengunjung ke dalam kawasan taman tema, malah mereka juga mahu memastikan tiada jangkitan berlaku kepada semua sepanjang berhibur dalam kawasan berkenaan.

Disebabkan itu, pengunjung tidak dibenarkan untuk bercakap atau menjerit dengan kuat ketika berada dalam taman tema USJ kerana jangkitan boleh berlaku daripada titisan air yang keluar daripada mulut. Justeru, pengunjung adalah dilarang untuk menjerit ketika sedang bermain rollercoaster dan sebagainya.

anda dilarang menjerit ketika naik rollercoaster ini bagi elak jangkitan covid-19

Bayangkan muka mereka yang terpaksa tahan daripada menjerit pada ketinggian 100 kaki daripada tanah...

Sumber: WOB

ERA Muzik Hit Terkini