Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mayat COVID-19 Dibiarkan Tepi Jalan Akibat Tak Cukup Keranda

Pemerintah di Equador telah mengarahkan pihak berkuasa dinegara tersebut untuk mengebumikan kira-kira 150 mayat mangsa COVID-19 yang dibiarkan di tepi jalan sepanjang bandar Guayaquil.

mayat covid-19 dibiarkan tepi jalan akibat tak cukup keranda

Keadaan bertambah parah apabila bandar tersebut tidak mempunyai bilangan keranda yang mencukupi bagi menampung kesemua mayat mangsa COVID-19 berkenaan.

Advertisement

Akibat itu, ratusan mayat dibiarkan di tepi jalan dan di dalam rumah penduduk selama berhari-hari. Penduduk setempat juga tidak berani untuk melakukan pengebumian kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat juga telah dilaksanakan di Equador.

mayat covid-19 dibiarkan tepi jalan akibat tak cukup keranda

Disebabkan tidak cukup keranda jugalah ada mayat yang terpaksa ditutup dengan kotak, sehingga berbau. Malah, beberapa foto mayat yang dibiarkan di tepi jalan sekitar bandar Guayaquil telah menjadi tular di media sosial minggu lalu.

Pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan ada menerima bantuan sebanyak 1,000 keranda yang diperbuat daripada kad kadbod hasil sumbangan syarikat tempatan.

mayat covid-19 dibiarkan tepi jalan akibat tak cukup keranda

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini