Akibat tidak berterus-terang mengenai sejarah kesihatan dan perjalanan, sebuah hospital di Kedah terpaksa tutup dua hari pada 22 dan 23 Mac, bagi proses disinfeksi.
Ia berikutan tindakan seorang wanita hamil yang enggan memberitahu pernah berhubungan dengan salah seorang peserta tabligh ketika beliau hadir menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai Laguna Merbok.
Advertisement

“(Ia berkaitan) seorang wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun yang tidak mendedahkan butiran penuh ketika pemeriksaan kesihatan di hospital telah dimasukkan di wad untuk bersalin mengikut prosedur biasa.
"Bagaimanapun, pesakit difahamkan demam selepas bersalin.
“Setelah ditanya, (pihak hospital) mendapat maklum bahawa wanita berkenaan telah tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur dan disahkan positif Covid-19,
“Pihak hospital menggesa semua pelawat agar bertanggungjawab dan membantu dalam membendung penularan Covid-19. Ini termasuk menjaga kebersihan dan memberi butiran penuh ketika pemeriksaan kesihatan," kata hospital itu dalam kenyataan.
Orang ramai diminta agar bersikap jujur dan berterus terang mengenai sejarah perjalanan mereka, supaya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Facebook PHLM