Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Orang Hilang - Polis KL

tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang - polis kl

Laporan polis tentang kes kehilangan orang harus dibuat dengan kadar segera dan tidak perlu menunggu 24 jam setelah hilang supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, masyarakat perlu membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga, saudara mara atau rakan mereka hilang dan wujud unsur yang mencurigakan.

"Tiada prosedur operasi standard (SOP) yang menyatakan laporan polis harus dibuat selepas tempoh 24 jam kejadian orang hilang berlaku.

"Mengambil pengajaran dan iktibar dari kes kehilangan dan bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, baru-baru ini, bila laporan dibuat, mayatnya ditemui lima hari kemudian dan ia menyukarkan tugas pihak forensik," beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Tambah Rusdi, laporan kehilangan yang segera dilaporkan dapat membantu polis membuat usaha pengesanan individu yang dilaporkan hilang itu.

Tindakan lewat mengambil laporan boleh menyebabkan setiap nyawa individu yang dilaporkan hilang terancam.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini