Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jika Ada Pekerja Positif COVID-19, Tak Perlu Tutup Pejabat/Sekolah - KKM

Pelbagai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 telah diambil oleh semua pihak, antaranya melarang sebarang aktiviti pertubuhan seperti  program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung yang melibatkan pertubuhan.

Memetik hantaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa langkah pencegahan COVID-19 yang perlu di ambil di tempat kerja dan sekolah:

Advertisement

1. Pengurusan sekolah dan pejabat perlu melakukan nyahkuman atau disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman.

2. Sekiranya terdapat warga sekolah atau pekerja yang disahkan posiif COVID-19, sekolah atau pejabat tidak perlu ditutup, sebaliknya memadai untuk melakukan nyahkuman atau disinfeksi.

3. Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala.

4. Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitiser.

5. Jarakkan diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala atau nampak orang bergejala.

jika ada pekerja positif covid-19, tak perlu tutup pejabat/sekolah - kkm

Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti demam, batuk dan selesema.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: KKM Putrajaya

ERA Muzik Hit Terkini