Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Tak Sengaja Tertelan Berus Gigi Masa Sedang Memberusnya

Sebatang berus gigi yang penuh dengan darah perlu dikeluarkan segera dari perut seorang lelaki selepas beliau tidak sengaja menelannya semasa membersihkan bahagian belakang kerongkongnya.

lelaki tak sengaja tertelan berus gigi masa sedang memberusnya

Doktor yang menjalankan pembedahan keatas lelaki itu berjaya mengeluarkan berus sepanjang 19 sentimeter dalam masa 24 jam, kerana bimbang meninggalkannya lebih lama boleh membawa maut kepada lelaki ini.

Advertisement

Pesakit, 39, yang namanya dirahsiakan, menggosok gigi pada September lalu sebelum ia tergelincir masuk ke dalam kerongkong. Beliau bergegas ke klinik kesihatan berhampiran, yang kemudiannya segera merujuk ke hospital yang jaraknya lebih dari 100km.

Ujian X-ray bagaimanapun tidak dapat mengesan berus gigi itu pada kerongkong lelaki berkenaan, lalu doktor menyimpulkan ia mungkin sudah berada pada bahagian perutnya.

Dr Bomni Tayeng, seorang pakar bedah kanan di Hospital Umum Bakin Pertin, Pradesh, India, berkata:

“Pesakit itu dibawa ke sebuah hospital swasta di Pasighat - dari situ dia dirujuk kepada kami. Pemeriksaan awal dijalankan namun berus gigi itu tidak pula dapat dijumpai pada kerongkong

"Ini bermaksud bahawa berus gigi itu telah masuk ke dalam bahagian perut."

Dr Tayeng menambah bahawa pesakit tidak merasa sakit setelah tertelan berus gigi itu dan hanya mengalami sedikit ketidakselesaan di bahagian atas perutnya.

Sehari selepas pembedahan, lelaki itu telah beransur pulih dan dibenarkan keluar daripada wad beberapa hari kemudian.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini