Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Makan Sayur Mungkin Punca Dari Keturunan Sendiri

Semua orang pasti mengenali insan yang tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi mereka, makanan ini pahit dan tidak kena dengan tekak.

tak makan sayur mungkin ada kaitan dengan genetik dan keturunan sendiri

Advertisement

Mungkin dianggap satu perkara remeh, namun tabiat tidak makan sayur ini sebenarnya ada kaitannya dengan keturunan dan genetik.

Menurut  BBC News, sekumpulan saintis Amerika Syarikat mengesahkan dengan memiliki dua jenis genetik ini, kanak-kanak boleh mempunyai deria rasa yang pahit apabila mereka memakan sayur-sayuran.

Malah, mereka yang mempunyai dua genetik tersebut akan membuatkan makanan yang sudah ternyata pahit seperti kopi dan peria akan bertambah-tambah pahit. Fuhh!

tak makan sayur mungkin ada kaitan dengan genetik dan keturunan sendiri

Kebaikkan golongan seperti ini adalah, ia dapat melindungi mereka daripada makan makanan yang beracun.

Kajian dijalankan keatas 175 orang dengan melihat kepada alur genetik mereka dan tabiat makan yang berbeza. Hasil kajian tersebut merumuskan, mereka yang mempunyai dua jenis varian deria rasa jenis PAV yang sama tidak suka makan sayur-sayuran.

Sumber: BBC News

ERA Muzik Hit Terkini