Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Awas Taktik Penyamar Konon Buat Imunisasi COVID-19 Dari Rumah Ke Rumah, Jangan Bagi Masuk!

Majlis Keselamatan Negara telah menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 ketika ini.

Dilaporkan ada agensi atau individu yang menyamar kononnya wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah. Kerajaan juga sama sekali tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi berkenaan.

Advertisement

awas taktik penyamar konon buat imunisasi covid-19 dari rumah ke rumah, jangan bagi masuk!

Majlis Keselamatan Negara juga menegaskan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya membenarkan individu terbabit untuk masuk ke dalam rumah, bagi tujuan keselamatan.

Infografik: Jabatan Perdana Menteri

ERA Muzik Hit Terkini