Tan Cheng Hoe disahkan tidak lagi bergelar ketua jurulatih skuad Harimau Malaya dan melepaskan jawatannya berkuat-kuasa serta merta hari ini.

Advertisement
Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengesahkan perkara tersebut dan keputusan itu dilakukan selepas kegagalan Cheng Hoe membantu skuad kebangsaan mencapai sasaran pada kempen Piala AFF Suzuki di Singapura.
“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, peminat bola sepak tempatan juga terkejut apabila skuad kebangsaan tersingkir di peringkat Kumpulan B selepas tewas kepada Vietnam dan Indonesia di Piala AFF Suzuki bulan lalu.
Untuk rekod, Cheng Hoe dilantik menjadi ketua jurulatih menggantikan Nelo Vingada pada 2018 dan berjaya membantu pasukan negara mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018.
Pelbagai spekulasi mengenai calon yang bakal menggantikan posisi Cheng Hoe seperti pengendali import yang juga ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak atau bekas pengendali Singapura dari Jepun, Tatsuma Yoshida.
Siaran Media: Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 3, 2022
FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Baca selanjutnya di https://t.co/O9ospzsr0h#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/HBAe1SiCfD
Sumber: Persatuan Bola Sepak Malaysia