Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ia Sukar Dikesan, Sakit Kepala Antara Tanda-Tanda Anda Hidap Kanser Hidung

Dikenali sebagai nasal cavity and paranasal sinus, penyakit kanser hidung ini sukar dikesan jika anda menghidapnya. Berkemungkinan anda akan dikesan menghidap penyakit kanser hidung ini ketika anda sedang memeriksa penyakit lain terlebih dahulu.

kanser hidung sukar di kesan, kenali penyakit yang serang datuk lcw

Tanda-Tanda Kanser Hidung

Advertisement

Dalam kebanyakkan kes, kanser hidung adalah amat sukar dikesan. Antara tanda penyakit ini adalah:

  • Hidung tersumbat
  • Sakit di atas atau di bawah mata
  • Hidung berdarah
  • Cecair mengalir keluar dari hidung
  • Hilang rasa bau
  • Kebas atau rasa sakit di bahagian muka
  • Gigi longgar dan berasa kebas.
  • Pertumbuhan jisim atau tanda pada wajah, hidung, atau langit-langit
  • Mata berair yang berterusan
  • Kehilangan atau perubahan dalam penglihatan
  • Sakit atau tekanan di salah satu telinga
  • Hilang pendengaran
  • Sakit kepala
  • Masalah membuka mulut
  • Benjolan pada leher.

kanser hidung sukar di kesan, kenali penyakit yang serang datuk lcw

Perlu diingatkan bahawa tanda-tanda di atas bukanlah bermakna anda menghidap kanser hidung. Dapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut pada yang pakar di hospital jika anda menghidap tanda-tanda awal seperti diatas.

Cara Pemeriksaan

Doktor akan memeriksa hidung anda dan mengesan sebarang tanda mencurigakan. Ketika pemeriksaan, doktor akan mencari bengkak, lebam pada wajah dan ‘lymph nodes’ pada leher. Selain itu, tanda seperti ketidaksama rata pada mata, penglihatan terganggu adalah tanda kepada penyakit ini.

kanser hidung sukar di kesan, kenali penyakit yang serang datuk lcw

Doktor juga akan menggunakan cermin dan teropong jenis endoscope untuk melihat bahagian dalam hidung pesakit.

kanser hidung sukar di kesan, kenali penyakit yang serang datuk lcw

Jika di suspek menghidap tanda-tanda diatas, pesakit seterusnya akan diperiksa menggunakan pemeriksaan pengimejan seperti x-ray, CT scan, MRI, PET, biopsy, dan lain-lain.

Sumber: American Cancer Society

ERA Muzik Hit Terkini