Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tandas Angkasa Lepas Bernilai RM96 Juta Bakal Guna Dalam Misi Ke Bulan

Sebuah tandas sifar graviti baharu bakal digunakan dalam misi ke bulan oleh Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

tandas angkasa lepas bernilai rm96 juta bakal guna dalam misi ke bulan

Tandas yang mempunyai nilai AS$23 juta (RM96 juta) itu akan menyedut sisa buangan dari tubuh untuk dihantar ke ISS dengan kapal angkasa kargo.

Advertisement

Lengkap dengan sistem vakum, tandas yang juga dikenali sebagai Universal Waste Management System (UWMS), akan memberi lebih keselesaan kepada angkasawan wanita dan ia berbeza dengan model tandas sebelum ini.

tandas angkasa lepas bernilai rm96 juta bakal guna dalam misi ke bulan

"Saiznya adalah 65 peratus lebih kecil dan 40 lebih ringan daripada model sebelum ini. Objektif utama projek kami adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tandas bagi angkasawan wanita.

"NASA telah mendapatkan maklum balas daripada kru dan melakukan penilaian untuk menaiktaraf sistem tersebut bagi menjadikan ia lebih mesra pengguna wanita," kata pengurus projek NASA, Melissa McKinley.

Mempunyai berat 45 kilogram dengan 71 sentimeter tinggi, tandas ini secara keseluruhannya diperbuat daripada titanium supaya ia tahan untuk digunakan di angkasa.

tandas angkasa lepas bernilai rm96 juta bakal guna dalam misi ke bulan

Roket yang membawa tandas dalam sebuah kapal angkasa kargo itu pada mulanya akan berlepas dari Wallops Island, Virginia pada Khamis lepas, namun terpaksa dibatalkan kerana berdepan dengan masalah teknikal.

Percubaan seterusnya akan dilakukan pada hari Jumaat ini.

Sumber: Time Out

ERA Muzik Hit Terkini