Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jepun Perkenalkan Tandas Awam Nampak Dalam Untuk Tarik Pelancong

Ekoran daripada pandemik COVID-19, sektor perlancongan adalah antara yang paling terjejas teruk di serata dunia.

Disebabkan itu, negara Jepun kini sedang dalam proses menarik kembali minat pelancong untuk datang kembali ke negara mereka, dengan salah satu tarikan terbaru adalah tandas awam lutsinar.

Advertisement

jepun perkenalkan tandas awam nampak dalam untuk tarik pelancong

Tandas awam lutsinar ini terletak di lima lokasi berbeza dekat bandaraya Tokyo, sebagai salah satu projek oleh Nippon Foundation.

jepun perkenalkan tandas awam nampak dalam untuk tarik pelancong

Namun jangan pula anda merasa khuatir kerana dinding tandas awam ini akan bertukar warna gelap dan tidak tembus cahaya apabila ada orang yang menggunakannya daripada dalam.

jepun perkenalkan tandas awam nampak dalam untuk tarik pelancong

Rekaan tandas lutsinar ini juga mempunyai beberapa alasan keselamatan seperti mengelakkan penjenayah yang sedang menunggu dari dalam tandas, khasnya ditempat sunyi.

Pada waktu malam pula, tandas ini akan bersinar dan bercahaya, membuatkan ia lebih menarik untuk digunakan.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini