Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Form 1 Hingga Form 4 Kembali Ke Sekolah 15 Julai Ini

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin  memaklumkan bahawa pelajar Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan kembali ke sekolah pada 15 Julai ini.

Manakala bagi Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Advertisement

Beliau berkata menerusi sidang media sebentar tadi dengan membabitkan semua sekolah semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manakala bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka juga disarankan untuk mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah seperti yang telah ditetapkan.

ERA Muzik Hit Terkini