Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tasik Cermin Akan Tingkat Kawalan Keselamatan Elak Insiden Terjun Ke Dalam Tasik Berulang

Tasik Cermin akan meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan insiden yang tular di media sosial di kawasan berkenaan berulang.

tasik cermin akan tingkat kawalan keselamatan elak insiden terjun ke dalam tasik berulang

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan berhubung isu lelaki yang terjun di tasik tersebut.

“Kita mengambil dan sedang membuat semakan untuk tindakan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun pada ketika ini kita masih belum mendapat maklumat yang tepat siapa yang melakukan perkara berkenaan.

“Pada waktu yang sama kita akan memperketatkan lagi kawalan dan juga tindakan untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu video tular seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Tasik Cermin, Ipoh.

Malah, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak dibenarkan demi keselamatan pengunjung.

“Semestinya impak daripada isu berkenaan sama ada lagi ramai orang pergi nak tengok (Tasik Cermin) atau kita terpaksa tutup tempat itu.

“Justeru, kita minta pengunjung lebih bertanggungjawab apabila melawat kawasan yang dikira sebagai kawasan pelancongan,” katanya.

 
 

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini