Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibarat Padang Pasir! Tasik Aksehir Di Turki Kini Kering Kontang, Pernah Jadi Sumber Air Utama

Sumber air semula jadi di wilayah Konya dan juga tasik kelima terbesar di Turki kini kering kontang akibat pemanasan global dan penurunan kekerapan hujan sepanjang tahun ini.

Tasik Aksehir mengering ibarat padang jarak padang terkukur yang seluas 54 kilometer persegi dan pernah mempunyai kedalaman air sehingga lima meter.

Advertisement

ibarat padang pasir! tasik aksehir di turki kini kering kontang, pernah jadi sumber air utama

Menurut ahli akademik Universiti Teknikal Konya, Tahir Nalbantcilar, beliau memaklumkan terdapat lapisan tanah yang retak di tengah-tengah tasik itu.

Malah, beliau juga tidak menafikan salah satu faktor utama pengeringan tasik itu adalah disebabkan pemanasan global.

ibarat padang pasir! tasik aksehir di turki kini kering kontang, pernah jadi sumber air utama

Namun, sistem penggunaan air bagi sektor pertanian di kawasan sekitar boleh mengakibatkan kerugian akibat daripada kejadian ini.

“Beberapa kolam air buatan manusia yang diwujudkan untuk tujuan pengairan ke tanah-tanah pertanian milik penduduk dengan benteng yang dibina di tebing sungai telah menyekat sumber air yang mengalir ke tasik ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mengubah sistem penggunaan air semasa, mungkin kita perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tasik itu buat selama-lamanya,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini