Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pulau Pinang Dijangka Terima Kesan Dari Dua Ribut Taufan Sehingga Ahad

Ekoran daripada Taufan Nakri dan Taufan Matmo, Pulau Pinang kini mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi hujan lebat dan ribut petir sehingga hari Ahad ini.

pulau pinang dijangka terima kesan dari dua ribut taufan sehingga ahad

Advertisement

Dipetik dari Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata pihaknya bersama jabatan berkaitan kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Taufan Nakri dijangka memberi impak kepada Vietnam pada Sabtu dan boleh menjadi taufan tahap 1, dalam masa sama Taufan Matmo pula dijangka memberi kesan kepada Myanmar dan Bangladesh esok.

pulau pinang dijangka terima kesan dari dua ribut taufan sehingga ahad

Pulau Pinang berada ditengah-tengah antara kedua-dua taufan ini menjangkakan menerima ribut petir kerana kedua-dua taufan terbabit akan mewujudkan anomali, iaitu penyimpangan daripada jenis atau bentuk yang biasa.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini