Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ganjaran Ditawarkan Pada Sesiapa Boleh Tolong Keluarkan Tayar Pada Buaya Liar

Satu ganjaran telah ditawarkan kepada orang ramai yang mampu menyelamatkan seekor buaya liar di Palu, Jakarta, akibat tayar motosikal tersangkut pada lehernya.

ganjaran ditawarkan pada sesiapa boleh tolong keluarkan tayar pada buaya liar

Dilaporkan tayar motosikal berkenaan telah tersangkut pada buaya liar ini sejak beberapa tahun lalu dan agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA) tidak mempunyai sumber mencukupi.

Advertisement

"Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu," katanya.

Tambah lagi, seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji juga telah cuba menyelamatkan haiwan pemangsa itu pada tahun 2018, namun gagal.

ganjaran ditawarkan pada sesiapa boleh tolong keluarkan tayar pada buaya liar

Proses menyelamat buaya itu juga mendapat bantuan oleh organisasi dari Australia, namun menemui jalan buntu.

Disebabkan itu, Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola telah menawarkan ganjaran pada mana-mana individu yang berjaya mengeluarkan tayar pada buaya tersebut.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini