Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Melonjak, Individu Tawar Khidmat ‘Ambulans’ Bawa Pesakit COVID-19 Ke Hospital

Penularan COVID-19 yang semakin melonjak naik di India menyebabkan sistem kesihatan negara itu tidak terkawal.

Bagi meringankan beban barisan hadapan, beberapa individu menawarkan khidmat kenderaan beca bermotor bagi pesakit yang mengalami gejala ringan untuk ke hospital.

Advertisement

kes melonjak, individu tawar khidmat ‘ambulans’ bawa pesakit covid-19 ke hospital

Perkhidmatan ini diberikan secara percuma dan kenderaan itu dilengkapi dengan sokongan tong oksigen, pensanitasi tangan dan pemandu yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Pesakit atau waris hanya perlu menelefon pihak yang bertanggungjawab sebelum dijemput di rumah masing-masing.

kes melonjak, individu tawar khidmat ‘ambulans’ bawa pesakit covid-19 ke hospital

Dalam melancarkan lagi proses tersebut, pihaknya akan menambah lagi ‘ambulans’ ini pada masa terdekat.

Malah, khidmat ‘ambulans’ ini bertujuan untuk memastikan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan dan mempunyai paras oksigen tahap 85 hingga 90 boleh mendapat rawatan di hospital dengan pantas.

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini