Seekor rusa besar di kawasan berbukit di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) dilihat berkeliaran dengan satu tayar tersangkut di leher selama dua tahun akhirnya berjaya ditanggalkan.
The saga of the bull elk with a tire around its neck is over. Thanks to the residents just south of Pine Junction on CR 126 for reporting its location, wildlife officers were able to free it of that tire Saturday.
— CPW NE Region (@CPW_NE) October 11, 2021
Story: https://t.co/WHfkfPuAck
📸's courtesy of Pat Hemstreet pic.twitter.com/OcnceuZrpk
Rusa jantan berusia hampir lima tahun itu ditembak dengan ubat pelali ketika dikesan berada di Pine Junction, barat daya Denver untuk tujuan memudahkan kerja-kerja pemotongan tanduk rusa tersebut.
Advertisement
Kakitangan-kakitangan Hidupan Liar dan Taman-Taman negeri itu memotong tanduk haiwan berkenaan untuk mengeluarkan tayar yang tersangkut itu.
![[video] rusa akhirnya bebas, tayar tersangkut pada leher selama dua tahun berjaya ditanggalkan](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2021/Oct/18/b3_5.jpg)
Haiwan itu dikesan membawa tayar tersebut ketika satu kajian tentang kambing yang hidup di kawasan berkenaan dilakukan pada tahun 2019.
Malah, kesan kecederaan pada sekitar leher haiwan tersebut jelas kelihatan dan bulunya juga semakin menipis akibat terlalu lama membawa tayar itu.
Rusa seberat 270 kilogram itu direkodkan beberapa kali berjalan di antara Park County dan Jefferson County.
Sumber: Independent UK