Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elak Rakam Dalam Wayang, Syarikat China Cipta Teknologi Infra Merah

Umum mengetahui tentang larangan merakam dalam wayang dan boleh dikenakan tindakan undang-undnag dibawah Seksyen 43A Anti Rakaman Kamera. Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 5 tahun dan denda tidak melebihi RM100,000.

Namun, masih ada yang bertindak merakam curi-curi dalam wayang menggunakan peranti mudah alih, dan ia berada dalam tahap membimbangkan.

Advertisement

Disebabkan itu, sebuah syarikat China, Ogilvy Shanghai berkerjasama dengan Focus Media, iaitu pakar pengiklanan filem,membangunkan teknologi yang akan membanteras gejala ini, diberi nama Piracy Blockr.

elak rakam dalam wayang, syarikat china cipta teknologi infra merah

Piracy Blockr merupakan paparan inframerah LED yang dipasang disebalik skrin pawagam, akan memaparkan watermark Piracy Blockr bagi mereka yang merakam tanpa kebenaran.

elak rakam dalam wayang, syarikat china cipta teknologi infra merah

elak rakam dalam wayang, syarikat china cipta teknologi infra merah

Hanya mereka yang merakam dalam wayang sahaja boleh melihat watermark ini dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh industri filem bukan sahaja di China, malah di dunia.

elak rakam dalam wayang, syarikat china cipta teknologi infra merah

ERA Muzik Hit Terkini