Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takut Sebab Mimpi Orang Jahat, Wanita Ini Tertelan Cincin Tunang Masa Tidur

Seorang wanita di Amerika Syarikat terpaksa menjalani prosedur endoskopi selepas dia dilaporkan tertelan cincin pertunangannya sewaktu sedang tidur.

takut sebab mimpi orang jahat, wanita ini tertelan cincin tunang masa tidur

Jenna Evans, 29, bercerita dia terpaksa melakukan perkara tersebut kerana dia bermimpikan perkara ngeri dan terpaksa menelan cincin tersebut untuk menyelamatkan diri daripada orang jahat yang muncul.

Advertisement

takut sebab mimpi orang jahat, wanita ini tertelan cincin tunang masa tidur

Ketika dia bangun, wanita itu benar-benar mendapati cincinnya telah hilang. Sejurus kemudian, dia bersama tunangnya terus ke hospital.

Selepas menjalani pemeriksaan X-Ray, pihak hospital mengesahkan cincin 2.4 karat itu berada di dalam perut wanita tersebut.

Doktor telah menyarankan wanita tersebut melakukan prosedur  bagi mengeluarkan cincin itu. Apa yang menakutkan adalah dia perlu menandatangani borang jika dia meninggal dunia ketika prosedur tersebut.

"Saya menangis semahunya kerana saya fikir akan mati. Saya tunggu masa yang sangat lama untuk cincin pertunangan itu dan saya akan mengahwini Howell.

"Saya sangat bersyukur. Semua orang boleh ketawa tentang perkara itu kerana ia sangat lucu,"
kata Jenna.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini