Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Telur Mata Cup Kembali Lagi, Tawar Hadiah Terkumpul Bernilai RM50,000!

telur mata cup kembali lagi, tawar hadiah terkumpul bernilai rm50,000!

Atas permintaan ramai, Telur Mata Cup yang menghimpunkan pemain PUBG Mobile Malaysia kini kembali semula. Kejohanan ini dibawakan khas oleh komuniti  eGG Network dan secara rasmi disokong oleh PUBG Mobile Malaysia dan KRAFTON serta LEVEL INFINITE. Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM50,000. Pasukan yang menjadi juara Telur Mata Cup secara automatiknya akan layak ke peringkat kumpulan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022 pada 10-11 Disember ini.

Advertisement

Kejohanan Telur Mata Cup ini terbuka kepada semua pemain peringkat amatur warganegara Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan di link berikut >> https://forms.gle/yM7wq15skWaYChQg8

Korang boleh saksikan kejohanan Telur Mata Cup di halaman Facebook, TikTok dan saluran YouTube eGG TV.

ERA Muzik Hit Terkini