Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebenarnya Telur Berdiri Semasa Gerhana Matahari Adalah Mitos

26 Disember 2019 telah terjadinya satu fenomena alam yang membuatkan ramai terpegun menyaksikannya dengan mata sendiri.

cincin berapi di langit malaysia pada 26 disember ini, waktu kemuncak jam 1 petang

Advertisement

Gerhana Matahari Anulus atau gerhana cincin berapi telah terjadi diseluruh dunia dan Malaysia antara negara yang berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena berkenaan.

Disebalik kejadian alam itu, timbul satu kenyataan sains bahawa telur boleh berdiri dengan sendirinya ketika gerhana ini terjadi akibat daripada tarikan graviti bulan dan matahari.

sebenarnya telur berdiri semasa gerhana matahari adalah mitos

Namun, kenyataan ini rupanya hanyalah mitos semata-mata kerana jisim telur adalah terlalu kecil, menyebabkan ia mempunyai graviti yang kecil dan tidak terkesan langsung dengan kejadian gerhana matahari itu.

Malah pakar sains juga telah membuktikan bahawa telur dapat ditegakkan pada bila-bila masa sekiranya menjumpai titik kesimbangan yang bersentuhan dengan permukaan rata. Maka, bukanlah kerana gerhana matahari ia berdiri, tetapi kerana titik keseimbangan.

sebenarnya telur berdiri semasa gerhana matahari adalah mitos

Sumber: Majalah Sains

ERA Muzik Hit Terkini