Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tembak Di KLIA: Hafizal Dibawa Ke Mahkamah Sesyen Sepang Untuk Sebutan Kes Cubaan Bunuh

SEPANG: Pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Ia bagi prosiding sebutan dua kes cuba membunuh isterinya, Farah Cie dan menyebabkan cedera parah terhadap seorang pengawal peribadi, April lalu.

Advertisement

tembak di klia: hafizal dibawa ke mahkamah sesyen sepang untuk sebutan kes cubaan bunuh

Dia yang memakai baju-T dan berseluar berwarna putih dibawa ke mahkamah pada jam 9.10 pagi, dengan menaiki kenderaan polis.

Ini merupakan sebutan kes hari pertama selepas didakwa di sini pada 25 April lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, pengurus syarikat agensi pelancongan berkenaan didakwa cuba membunuh ahli perniagaan, Farah Md Isa, 38, di balai ketibaan lapangan terbang itu, pada jam 1.09 pagi, 14 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda, namun jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada tujuh anak itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Mohd Nur Hadith Zaini, 38, menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian, di lokasi, masa dan tarikh sama.

Bagi kes berkenaan, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

 

Sumber Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini