Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Tak Sengaja Tertembak Diri Lepas Gagal Bunuh Lipas

Seorang lelaki berusia 50 tahun secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri selepas cuba membunuh seekor lipas di Detroit, Michigan.

lelaki tak sengaja tertembak diri lepas gagal bunuh lipas

Advertisement

Kejadian berlaku pada pagi Selasa lalu selepas lelaki berkenaan cuba untuk membunuh seekor lipas dengan membaling kasut kearah lipas berkenaan. Tanpa menyedari dalam kasut itu terdapat pistol peribadi miliknya yang disorokkan, satu das tembakan telah dilepaskan secara tidak sengaja.

lelaki tak sengaja tertembak diri lepas gagal bunuh lipas

Tembakan itu mengenai kakinya dan kini dia dilaporkan stabil selepas dibawa ke hospital berdekatan.

Kejadian yang sama pernah terjadi pada Januari 2016 selepas seorang lelaki cuba membunuh lipas dengan menggunakan pemetik api dalam biliknya, menyebabkan lebih 20 buah rumah hangus dijilat api kebakaran.

lelaki tak sengaja tertembak diri lepas gagal bunuh lipas

Jadi macam mana anda menghadapi ‘serangan’ lipas?

Sumber: Metro

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini