Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dahi Terpaksa Ditebuk, Tengkorak Kepala Hilang Diserang Empat Samseng Jalanan

Seorang lelaki berusia 33 tahun kini hidup tanpa tengkorak pada bahagian dahi selepas disepak dan ditumbuk empat samseng jalanan, sehingga menyebabkan beliau koma.

dahi terpaksa ditebuk, tengkorak kepala hilang diserang empat samseng jalanan

Advertisement

Andrew Haynes berkata, ketika kejadian beliau berada diluar sebuah kedai menjual kebab, sekitar bulan Mei lalu.

Akibat daripada serangan itu, tengkorak kepala Andrew retak dan ia terpaksa dibuang kerana membahayakan nyawanya.

dahi terpaksa ditebuk, tengkorak kepala hilang diserang empat samseng jalanan

Disebabkan tengkorak kepalanya yang kini telah tiada, ia menyebabkan Andrew mengalami masalah hilang ingatan, tidak boleh menghidu dengan baik, hilang deria rasa, malah perlu memakai helmet sepanjang masa bagi melindungi bahagian dalam kepala beliau.

dahi terpaksa ditebuk, tengkorak kepala hilang diserang empat samseng jalanan

"Kehidupan saya berubah dengan lancar. Ini satu keajaiban hidup saya. Pembedahan yang saya jalani boleh dikatakan antara yang paling bahaya.

"Saya mengalami patah tulang di bahagian belakang tengkorak saya, otak saya membengkak - mereka terpaksa menebuk dahi saya supaya otak saya dapat bernafas.

"Perjalanan hidup saya juga telah berubah sepenuhnya. Saya bergerak dengan tongkat dan saya amat takut untuk keluar semula”, katanya seperti dipetik daripada The Sun.

ERA Muzik Hit Terkini