Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tengok Anak Bulan Ramadan Pada Khamis Depan, 23 April 2020

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menandakan permulaan berpuasa di Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 April, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

tengok anak bulan ramadan pada khamis depan, 23 april 2020

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan menyatakan tempat untuk melihar anak bulan Ramadan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilakukan di 15 kawasan terpilih:

Advertisement

Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan).

Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang); Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Penentuan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukhyah dan Hisab dan akan diumumkan menerusi Radio dan Televisyen pada malam 23 April itu juga.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini