Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lepas Wayang Dalam Kereta, Paris Kenalkan Wayang Atas Bot

Trend menonton wayang dan filem kegemaran dari dalam kereta kini semakin diterima ramai termasuk di Malaysia yang bakal membuka drive in cinema di Ipoh, Perak.

Advertisement

Trend ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di luar negara, namun akibat daripada pandemik COVID-19, menonton wayang dari dalam kereta semakin menjadi pilihan ramai dek kerana adanya penjarakan sosial antara penonton disitu.

lepas wayang dalam kereta, paris kenalkan wayang atas bot

Terbaru, ibu kota Paris akan memperkenalkan wayang atas air, dimana penonton boleh menonton filem kegemaran dari atas bot masing-masing.

lepas wayang dalam kereta, paris kenalkan wayang atas bot

Dikenali sebagai Le Cinéma sur lÉau atau wayang atas air, pembukaan pertamanya dijangka dilakukan pada 18 Julai ini disepanjang sungai Seine.

lepas wayang dalam kereta, paris kenalkan wayang atas bot

Bakal memuatkan 38 bot elektrik dimana setiap bot memuatkan sehingga 6 orang, penonton disana akan dipersembahkan dengan filem Le Grand Bain, iaitu sebuah filem komedi Perancis. Tak cukup dengan itu, penonton yang berada diatas daratan juga boleh menonton filem yang sama menerusi pentas yang disediakan.

Inisiatif ini secara tidak langsung dijangka berjaya mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada orang ramai yang ingin menonton wayang dipawagam.

Sumber: Interesting Engineering

ERA Muzik Hit Terkini