Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula dikerahkan untuk membantu polis dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkenaan bukanlah situasi darurat di negara ini.
Advertisement
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya seperti dipetik dari Awani.

Tambah lagi, beliau juga menafikan penularan berita palsu kononnya beliau akan memohon perkenan YDP Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
“Tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat, tiada aset tentera yang digerakkan pun buat masa sekarang seperti berita palsu yang ditularkan di laman media sosial,” jelasnya lagi.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani