Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hanya Tenung Kamera, Video Lelaki Ini Raih Jutaan Tontonan

Jika orang lain perlu bertungkus-lumus mencari ‘content’ yang baik bagi sosial media masing-masing, ia berbeza dengan seorang lelaki dari Indonesia ini.

hanya tenung kamera, video lelaki ini raih jutaan tontonan

Mana tidaknya, beliau tidak perlu menari dihadapan kamera, atau menggunakan kesan khas bagi menarik minat orang lain, sebaliknya sekadar tenung pada kamera tanpa berbuat apa-apa.

Advertisement

hanya tenung kamera, video lelaki ini raih jutaan tontonan

Lebih menarik, video tenung kamera oleh seorang pengguna TikTok bernama @anhtrantan ini berjaya meraih jutaan tontonan dengan lebih 5.6 juta tanda suka.

@anhtrantan♬ nhạc nền - FB: Võ Nhật Trường 🔥

Setakat ini, beliau telah mempunyai 381.6 ribu pengikut di TikTok, hingga membuatkan ramai warganet merasa hairan.

Terdahulu, seorang lelaki juga pernah mencuri perhatian ramai kerana tidak berbuat apa-apa dihadapan kamera selama lebih 2 jam. Beliau kini telah meraih 4 juta tontonan untuk video tersebut.

ERA Muzik Hit Terkini