Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terbangkan Nugget Ke Angkasa Lepas Sempena Ulangtahun Ke-50 Syarikat

Sebuah syarikat pembekal makanan di United Kingdom, Iceland Foods telah meraikan ulangtahun syarikat ke-50 dengan cara berbeza, iaitu menerbangka seketul nugget ke angkasa lepas.

terbangkan nugget ke angkasa lepas sempena ulangtahun ke-50 syarikat

Nugget ayam yang juga merupakan salah satu produk keluaran syarikat mereka mencapai ketinggian lebih dari 110,000 kaki dari Bumi dalam masa dua jam.

Advertisement

Menerusi video yang mendapat perhatian ramai, nugget tersebut memulakan perjalanan dari ibu pejabatnya di Deeside, Wales pada suhu -60 darjah Celcius, menuju ruang stratosfera bumi.

Ia diterbangkan dengan kerjasama syarikat Sent Into Space, menggunakan belon meteorologi yang diisi dengan gas hidrogen untuk berada diluar angkasa bumi.

Selepas mencapai puncak, ia kemudian turun ke Bumi pada kelajuan 322 kilometer sejam, sebelum mendarat dengan selamat pada kawasan gunung.

"2020 merupakan tahun penting tetapi sukar bagi kami, dan kami mahu meraikan ulang tahun dengan cara yang paling diingati.

"Mesej yang kami ingin sampaikan kepada pelanggan ialah produk kami adalah luar biasa," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini