Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tergigit Benda Keras Masa Kunyah Boba, Wanita Jumpa Cebisan Kuku Dalam Minuman

Seorang pembeli minuman boba terkejut apabila menemui cebisan kuku dalam air minumannya.

tergigit benda keras masa kunyah boba, wanita jumpa cebisan kuku dalam minuman

Advertisement

Wanita berkenaan dilaporkan membeli segelas teh hijau susu berserta boba disebuah pusat membeli-belah di Seranggon, Singapura.

Selepas membelinya, dia pulang ke pejabat dan ketika sedang minum dan mengunyah boba, dia menggigit sesuatu yang keras.

tergigit benda keras masa kunyah boba, wanita jumpa cebisan kuku dalam minuman

"Saya telah minum dan mengunyah beberapa biji boba kemudian saya tergigit benda keras.

"Saya kemudian melihat apa yang saya gigit. Bila diamati ia seakan cebisan kuku saiz kecil berwarna kuning. Sangat menggelikan," katanya.

Pihak syarikat minuman berkenaan telah dihubungi dan mereka menyesali apa yang berlaku selain sedia menggantikan minuman baru.

Walaupun minumannya telah diganti, dia menjadi ragu-ragu untuk membeli minuman tersebut selain bimbang kejadian sama akan berulang kembali.

Sumber: STOMP

ERA Muzik Hit Terkini