Lima penumpang sebuah feri sanggup terjun ke dalam laut kerana enggan dijangkiti COVID-19 selepas mereka mendapati beberapa orang petugas feri berkenaan menunjukkan simptom jangkitan.

Kejadian itu berlaku selepas feri KM Lambelu yang membawa 225 penumpang, tidak dibenarkan berlabuh di Maumere, Indonesia.
Advertisement
Memetik laporan dari Daily Star, kelima-lima penumpang itu berkumpul di koridor lalu melemparkan jaket keselamatan ke dalam air bagi membuat persiapan untuk terjun menyelamatkan diri dari dijangkiti. Kejadian itu disedari oleh penumpang-penumpang lain yang segera melaporkan kepada anak kapal.

Dalam video berasingan, kelihatan lima lelaki itu telah berjaya diselamatkan oleh bot penyelamat.
KM Lambelu juga mengesahkan tiga kru feri berkenaan positif COVID-19.
Sumber: Daily Star