Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sanggup Korbankan Diri Untuk Selamatkan Nyawa Penumpang Kapal Terbang

Kejadian gempa bumi berukuran 7.5 magnitud di Palu, Sulawesi baru-baru ini yang juga menyebabkan Tsunami, telah meragut banyak nyawa dan harta benda.

Anthonius Gunawan Agung, 21, yang merupakan kakitangan perkhidmatan navigasi penerbangan, sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk memastikan pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang berlepas dengan selamat.

Advertisement

sanggup korbankan diri untuk selamatkan nyawa penumpang kapal terbang

Sementara rakan sekerjanya telah menyelamatkan diri ekoran daripada gempa yang melanda, beliau masih berada di menara kawalan bagi memastikan pesawat yang membawa penumpang dan anak kapal terbang dengan selamat.

sanggup korbankan diri untuk selamatkan nyawa penumpang kapal terbang

Dipetik daripada The Star, wakil daripada AirNav Indonesia berkata, ketika kejadian gempa itu terjadi, pesawat Batik Air akan melakukan take-off dan menunggu arahan selanjutnya daripada menara kawalan.

Sebaik sahaja pesawat itu terbang, menara kawalan mulai bergoyang dan Anthonius nekad untuk terjun daripada atas menara setinggi 4 tingkat, sebaik sahaja pesawat selamat melakukan penerbangan.

Beliau patah tulang kaki dan mengalami pendarahan dalaman, dan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berdekatan.

sanggup korbankan diri untuk selamatkan nyawa penumpang kapal terbang

Sumber: The Star

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini