Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terma & Syarat Baru Buat Ramai Takut Dan Mula Tinggalkan WhatsApp?

Selepas aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp memuatnaik terma dan syarat baharu mereka pada Rabu lalu, ramai pengguna mula beralih arah dan memuatnaik aplikasi lain seperti Signal dan Telegram.

terma & syarat baru buat ramai takut dan mula tinggalkan whatsapp?

Advertisement

Whatsapp sebelum ini telah meletakkan terma dan syarat baharu kepada pengguna termasuk nombor telefon dan lokasi bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya, Facebook, termasuklah membenarkan pengiklanan dilakukan pada aplikasi permesejan popular itu.

Terma dan syarat ini bagaimanapun  telah mencetuskan kritikan ramai yang mempersoalkan terma baharu tersebut.

terma & syarat baru buat ramai takut dan mula tinggalkan whatsapp?

Ekoran daripada itu, ramai yang mencadangkan pengguna untuk mula menggunakan aplikasi lain seperti Signal atau Telegram.

Ia termasuklah pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey yang mencadangkan penggunaan Signal sebagai ganti kepada WhatsApp.

terma & syarat baru buat ramai takut dan mula tinggalkan whatsapp?

Kesan daripada pengaruh ini jugalah menyaksikan pertambahan bilangan pengguna baharu yang memuat turun aplikasi Signal, dengan 7.5 juta pengguna serata dunia antara 6 hingga 10 Januari lalu.

Sumber: CNBC

ERA Muzik Hit Terkini