Gara-gara tidak melakukan ujian swab, keluarga dari Indonesia ini telah dihalang untuk menaiki pesawat Swijaya Air baru-baru ini, sebelum pesawat yang sama dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu dekat Jakarta.

Osneti dari Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia hanya mampu menghela nafas lega selepas beliau dilarang untuk menaiki penerbangan Sriwijaya Air SJ182 dari Jakarta ke Pontianak.
Advertisement
Segalanya bermula apabila wanita berusia 50 tahun bersama anak, adik dan anak buahnya tidak memiliki dokumen ujian swab COVID-19 PCR negatif.
“Saya sudah tiba di lapangan terbang dan hendak menaiki pesawat, tapi dilarang kerana tidak memiliki hasil ujian swab PCR.
“(Sebaliknya) saya hanya ada surat ujian pantas (rapid test) antigen,” katanya ketika dihubungi pemberita, memetik laporan Kompas.
Beliau yang pada awalnya merasa kecewa selepas dilarang untuk menaiki penerbangan itu kerana sudah membeli tiket, terkejut apabila mengetahui pesawat yang sepatutnya dinaikinya, hilang dari radar dan disahkan terhempas di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Menurutnya lagi, beliau tidak menyangka ada hikmah selepas beliau dan ahli keluarga lain dilarang menaiki penerbangan tersebut, hingga membuat sujud syukur serta menangis.
Pencarian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu, masih diteruskan hari ini.

Sumber: Kompas / Astro Awani