Skip to main content

Advertisement

Hiburan

TESLA Bakal Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

tesla bakal buka ibu pejabat di malaysia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, MITI menyatakan telah meluluskan permohonan TESLA untuk mengimport Bateri Kenderaan Elektrik ke Malaysia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, TESLA akan membuka ibu pejabat mereka di Malaysia.

Advertisement

Malah, TESLA juga akan membuka Pusat Pengalaman dan Pusat Servis di sini. Dengan kehadiran TESLA nanti, ianya akan membuka banyak peluang pekerjaan serta mampu menawarkan gaji yang ideal.

“Kami gembira dengan keputusan TESLA untuk turut serta dalam ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia dan ini membuktikan keyakinan TESLA terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TESLA merupakan syarikat pertama yang memohon inisiatif BEV Global Leaders bagi meningkatkan permintaan untuk Bateri Kenderaan Elektrik (BEV) dalam pasaran tempatan.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini