Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tesla Tunjuk Kereta Baru Trak Kalis Peluru, Tapi Masa Pameran Cermin Retak Dua Kali, ''Epik Failed..''

Sebuah syarikat yang mereka, membuat dan menjual kereta elektrik dunia, Tesla, telah memperkenalkan kenderaan jenis trak pikap masa hadapan, dikenali sebagai ''Cybertruck'' pada sebuah pameran di Los Angeles, baru-baru ini.

tesla tunjuk kereta baru trak kalis peluru, tapi masa pameran cermin retak dua kali,

Advertisement

CEO syarikat Tesla, Elon Musk mendakwa trak pikap dengan rekaan moden ini adalah jenis kalis peluru. Ia cuba dibuktikan melalui satu ujian secara langsung ketika pameran sedang diadakan.

tesla tunjuk kereta baru trak kalis peluru, tapi masa pameran cermin retak dua kali,

Namun, kereta yang didakwa kalis peluru ini tiba-tiba retak selepas dibaling dengan bebola keluli besi.

tesla tunjuk kereta baru trak kalis peluru, tapi masa pameran cermin retak dua kali,

"Mungkin saya baling ia dengan terlalu kuat'', kata Musk selepas terkejut melihat cermin pikap itu retak.

Ketua pereka utama Tesla, Franz Von Holzhausen telah menguji ketahanan kalis peluru itu untuk kali kedua, dan sekali lagi ia retak selepas dibaling dengan bebola keluli besi.

tesla tunjuk kereta baru trak kalis peluru, tapi masa pameran cermin retak dua kali,

Musk bagaimanapun berkata, mereka akan memperbaiki masalah ini secepat mungkin sebelum ia dijual kepada orang ramai pada harga USD39,900 atau kira-kira RM166 ribu ringgit.

Sumber: CNBC

ERA Muzik Hit Terkini