Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Test Makan Di Luar Bumi, Thailand Hantar Durian ke Angkasa Lepas

thailand nak hantar durian ke orbit. boleh tahan bau ke ?

Buah durian memang dilarang dibawa masuk ke mana-mana pengangkutan awam sekalipun. Bukan kerana durinya, tetapi kerana baunya yang sangat sensitif dan terlalu menusuk hidung. 

Advertisement

Kali ini, Thailand merancang untuk menghantar buah durian ke orbit untuk menguji ketahanan buah tersebut. Bukan itu sahaja, malah ia juga dibawa ke orbit untuk menyaksikan bagaimana buah durian dinikmati tanpa tarikan graviti. 

“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke Bumi.

“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.

Buah durian tersebut akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum untuk mengurangkan baunya. 

Sumber: BBC 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini