Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Thailand Alami Musim Sejuk Serendah 7 Darjah Celcius

Negara jiran, Thailand, mengumumkan musim sejuk negara itu telah bermula semalam (17 Oktober) dengan suhu dikawasan utara termasuk Chiang Mai turun serendah 11 darjah Celcius.

Pengumuman yang dbuat oleh Jabatan Meteorologi Thailand itu juga menyatakan suhu dibanyak kawasan termasuk Bangkok boleh turun serendah 15 hingga 17 darjah Celcius pada Disember dan Januari, manakala kawasan utara seperti Chiang Rai boleh mencecah serendah 7 darjah Celcius.

Advertisement

thailand alami musim sejuk serendah 7 darjah celcius

Menurut Thai News Agency (TNA) cuaca tahun ini dijangka lebih sejuk, terutama ketika akhir Disember ekoran daripada corak cuaca di negara China yang membawa angin lebih kuat, menyebabkan suhu turun antara satu hingga tiga darjah Celcius dikawasan utara.

Tambah lagi, cuaca sejuk ini juga dijangka berterusan sehingga pertengahan Februari tahun depan.

Sumber: Greatdeals

ERA Muzik Hit Terkini