Susulan daripada kejadian lebih 20 ekor kucing mati, wilayah Nakhon Ratchasima di Barat Daya Thailand telah mengeluarkan amaran kesihatan berkaitan selesema kucing.

Sehingga kini, terdapat lebih 20 ekor kucing mati, malah banyak lagi sedang mengalami selesema dan sedang sakit.
Advertisement
Selesema kucing itu terjadi disebabkan virus Feline Herpes Virus 1 dan Feline Calicivirus, yang menyebabkan penyakit pernafasan pada kucing dewasa dan anak kucing.

Pegawai Veterinar wilayah tersebut juga telah memberi jaminan bahawa penyakit ini tidak akan berjangkit kepada manusia.
Bagaimanapun, penduduk di wilayah itu mulai rasa bimbang jika semua haiwan mereka dijangkiti, sama seperti penyakit berbahaya yang pernah berlaku sebelum ini hingga ia melenyapkan hampir keseluruhan kucing di kawasan tersebut.
Justeru, kucing-kucing yang mengalami simptom seperti bersin, lelehan cecair dari mata atau hidung, demam, masalah penafasan, batuk, lesu dan hilang selera makan diminta untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Sumber: UPI.com