Brittany Selph, 32 dan suaminya Justin tidak menyangka The Joker daripada filem Batman The Dark Knight, akan menyambut kelahiran bayi ketiga mereka.

Bayi yang dilahirkan pada 5 November lepas itu disambut oleh Dr Paul Locus, seorang doktor yang bertugas di Henry County Medical Center di Nashville, yang berpakaian lengkap bagaikan The Joker.
Advertisement

Brittany yang dikerjarkan ke hospital berkenaan selepas merasakan sakit dan akan melahirkan bayi mereka, nyata terkejut dan ketawa apabila melihat The Joker masuk dalam wad bersalin.


Bayi pasangan berkenaan selamat dilahirkan dan tandatangan oleh doktor berkenaan juga menjadi viral di laman sosial.

Sumber: Mirror