Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Lagi Bazar Ramadan Di KL, Putrajaya dan Labuan Tahun Ini

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, tiada lagi penganjuran bazar Ramadan tahun ini bagi kawasan Kuala Lumpur, Labuan dan juga Putrajaya akibat daripada kesan jangkitan COVID-19.

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

Walaubagaimana pun, tiga kaedah baru diperkenalkan iaitu pandu lalu, bungkus & ambil, serta e-panggilan yang akan menggantikan bazar Ramadan.

Advertisement

"Terdapat 66 lokasi bazar Ramadan melibatkan 2,673 penjaja di Kuala Lumpur, 300 penjaja di satu lokasi di Putrajaya dan 215 penjaja di tiga lokasi di Labuan terlibat dengan pembatalan itu.

"Sama ada PKP ditamatkan atau disambung, KWP berpandangan amalan penjarakan sosial dan garis panduan KKM mesti diteruskan bagi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) demi keselamatan rakyat Wilayah Persekutuan,

"Bagi kaedah pandu lalu beberapa tapak akan sediakan dan peniaga disusun mengikut segmen dengan makanan siap dibungkus. Antara cadangan lokasi sesuai dilaksanakan setakat ini di Boulevard Presint 2 Putrajaya dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Konsep ini sedang diperincikan dan jumlah peniaga yang boleh menyertai kaedah ini akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan." katanya pada Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) semalam.

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

Bagi kaedah bungkus & ambil, tempahan boleh dibuat awal melalui platform dalam talian terus kepada peniaga.

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

"DBKL, PPj dan PL akan sediakan saluran pendaftaran kepada peniaga dan perniagaan mereka. Dalam konteks ini orang awam hanya perlu buat tempahan dan bayaran secara dalam talian atau e-tunai.

"Bagi konsep e-panggilan pula, peniaga akan didaftarkan dengan syarikat penyedia perkhidmatan itu termasuk Food Panda, Grab Food dan sebagainya dengan jangkaan lebih 20,000 petugas akan terlibat," katanya lagi.

Setakat ini beberapa negeri lain turut membatalkan penganjuran bazar Ramadan dinegeri masing-masing seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan juga Kedah.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini