Lapangan terbang KLIA dan KLIA2 dilaporkan akan turut serta dalam kempen Silent Airport bermula Disember ini.

Advertisement
Menerusi Twitter Malaysia Airlines, tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
This December 2018, KLIA and KLIA2 will join a worldwide ‘Silent Airport’ movement to reduce the number of public announcements at terminals. Malaysia Airlines would like to encourage guests to refer to the digital information boards for any updates. Have a pleasant journey! pic.twitter.com/etPRnFBUca
— Malaysia Airlines (@MAS) November 30, 2018
Kempen Silent Airport ini juga merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu dan pengumuman menerusi pembesar suara akan dikurangkan, kecuali jika ia melibatkan situasi kritikal atau perubahan saat akhir.

Selain KLIA dan KLIA2, antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Sumber: Awani
