Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Insiden Tembakan Di Masjid Oman: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

insiden tembakan di masjid oman: tiada rakyat malaysia terbabit

Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar di negara berkenaan semuanya selamat susulan insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah masjid di kawasan Wadi Al Kabir, Muscat, Oman, Selasa lalu.

Advertisement

Menurut Wisma Putra, kedutaan terus memantau perkembangan insiden terbabit dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi konsular.

"Malaysia tetap dengan pendirian yang menolak segala bentuk jenayah dan ekstremisme keganasan serta menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Wisma Putra turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Oman dan kerajaan Kesultanan Oman.

Terdahulu, Insiden tembakan ini telah menyebabkan sembilan individu terbunuh, termasuk seorang anggota polis dan tiga suspek yang melakukan serangan, manakala 28 orang lagi cedera.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini