Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Solat Tarawih Untuk Orang Ramai Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Ekoran daripada penularan wabak COVID-19, Arab Saudi hari ini mengumumkan penggantungan solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah.

tiada solat tarawih untuk orang ramai di masjidil haram & masjid nabawi

Pengumuman dibuat oleh Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais, menerusi Facebook rasmi kota suci, Haramain.

Advertisement

Menurutnya, hanya kakitangan masjid yang dibenarkan untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah dengan hanya 10 rakaat dan witir.

tiada solat tarawih untuk orang ramai di masjidil haram & masjid nabawi

Selain itu, majlis berbuka puasa juga dibatalkan di kawasan masjid, sebaliknya bekal juadah berbuka akan diedarkan kepada penduduk disekitar Mekah dan Madinah.

Kenyataan itu juga menyebut iktikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan, sementara ibadah umrah juga masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sumber: Sinar Harian/ Bernama

ERA Muzik Hit Terkini